Apa Beza Sublimation, Heat Press, dan Silk Screen T-Shirt Printing

Perbezaan antara silk screen printing, heat press dan sublimation

 

Assalamualaikum guys. Kali ni sifubeg nak kongsi sedikit maklumat dengan korang berkenaan baju. Ok, kita mulakan dengan perbezaan cara print baju tu dulu eh. Sifubeg nak cerita dua dulu iaitu silk screen, heat press, dan sublimation

 

Korang mesti pernah buat baju design sendirikan, atau nak buat baju, atau baru nak buat baju. Sifubeg bukan memandai-mandai taip atau just copy paste je ye, hahaha sebab sebelum ni salah seorang dari kami pernah buat printing baju.

 

Silk screen

Sifubeg taknak cerita terlalu details sangat, sebab bukan semua orang faham Bahasa dalam lapangan printing ni. Secara ringkasnya, cetakan yang menggunakan blok, biasanya segiempat tepat size blok tu. Sebelum nak mendapatkan imej yang nak dicetak tu, kenala buat design kan.

Hahaha. Bila dah siap, baru kita tampal pada blok, dan expose imej tu dengan menggunakan pemanasan cahaya dalam masa 20-25 saat, itu mengikut pada pengalaman lampau la. Selepas itu, imej tu kena cuci supaya bila kita nak cetak nanti, dye akan keluar la. Jadi, kat sini dia punya proses yang penting masa pemanasan tu, time kena betul baru imej yang terbentuk jadi dan tak rosak.

 

Heat Press

Teknik ni pulak, Teknik guna haba untuk pindahkan design ke baju. Kertas yang digunakan untuk memindahkan design ke atas fabrik antaranya “Transfer” dan “Sublimation paper”.

Untuk Teknik ni, kita memerlukan mesin heatpress dan mesin pencetak. Kelebihan Teknik ni, korang boleh buat atau tempeh baju seminoma hanya sehelai baju je tau, dan imej yang dicetak tu lebih tahan lama. Teknik ni juga sesuai untuk apa-apa jenis kain seperti fabrik, jersi dan lain-lain.

 

Sublimation

Ok guys, yang ni satu Teknik yang mana ia gunakan haba untuk pindahkan imej/design dari kertas sublimation atau kertas inkjet. Pastu, kertas akan ditekap kat produk yang nak diprint tu dan nak tekap tu pakai mesin sublimation ye bussku. Untuk info, mesin ni mahal ye guys, lepasla kalau nak beli paniagale cash, cash ye bukan hutang dan mungkin ada balance lagi kot.

Untuk makluman korang, tak semua boleh guna Teknik ni. Teknik ni hanya boleh digunakan bila dicetak kat satu permukaan khas yang dipanggil coating. Hahaha dah Panjang pulak. Sambung sikit lagi, benda yang nama coating la yang bagi boleh Nampak imej yang dicetak tu,kalau tak, tak boleh Nampak imej atau design tu.

Sekian dari wak sifubeg, Penglipur Lara Dari Tanah Jawa Ponorogo. Tak boleh Panjang sangat, bukan page printing ni. Hahaha. Ok, Assalamualaikum.