Heavy Duty Fido Dido Sling Big

Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum guys. Alhamdulillah kita jumpa lagi bossku. Apa khabar korang?Wak harap korang sihat eh.

Ok kali ni aku nak cerita sikit pasal beg sling ni, keluaran Fido Dido kartun 7up tu. Sebelum tu bagi korang yang tak tau lagi brand ni, ok brand ni made in usa. Dulu-dulu kala memang top brand ni guys.

Dia sebenarnya ada banyak design dan yang ni merupakan design dia yang paling latest la. Design yang ni dia buat lain sikit dari yang 1st edition punya, material dia lebih mantap dari sebelum ni. 

 

 

1) Material
Material dia dah upgrade guys. Kalau sebelum ni pakai nylon 600D, kali ni diorang tambah pvc kat beg ni. Material dia nama eh COMPOSITE. Dia lebih berdaya saing dengan air lah. Makna kata lebih waterproof la beg ni. 

 

 

2) Size 
Kali ni fido dah berani bermain dengan design panjang. Beg ni diorang buat size panjang. Size dia pun agak besar dari beg sebelum ni. Ok kenapa wak kata camtu? Sebab fido ni dia biasa keluarkan beg yang bersize sedang-sedang je. So untuk design ni diorang dah keluar dari kotak kebiasaan diorang la. 

 

4) Compartment 
Serius kalini fido tak kedekut dengan compartment guys. Hahaha. Sebelum ni diorang pentingkan style dan smart. Design baru ni diorang dah upgrade banyak benda kat beg diorang ni. Fido ni yang wak tau diorang keluarkan beg yang jenis simple je, so untuk design baru ni bagi wak diorang lebih berani dan berdaya saing. Mungkin customer atau follower diorang ada komplen atau komen untuk penambahbaikan. So, sebagai satu brand yang popular diorang memang kena follow minat customer. 

 

 

5) Lain-lain
Yang last ni wak bagitau lain-lain sebab ada kelainan untuk design baru fido ni. Salah satunya zip, ada zip dalam dia berbeza dengan yang 1st edition punya guys. Bahagian dalam pun ada kelainan yang diorang peragakan, corak dalam dan logo serta tulisan fido dah ditambah dan diperbaharui gaya tulisan dia. Tukar font kit, hahaha. Orang kata, ikut peredaran zaman. kah!

 

 

Setakat ni je wak nak taip, akan datang wak review beg design lain pulak. Ok guys, Chow! Assalamualaikum