Jenis Tshirt Dan Kain Baju

 

Assalamualaikum guys. Ok guys, sifu nak info sikit pasal jenis baju yang biasa team printing ambik untuk atau pilihan customer sendiri.

Biasa kilang printing guna brand oren sport, gildan, rians, alam fashion dan ada banyak lagi brand, tapi ini antara yang top la dan kain best.

Dalam gambar ni brand eight square. Kadang, ada customer yang mintak kat kilang untuk baju brand yang diorang nak, dan kadang ada juga customer yang ikut sahaja apa yang kilang printing tawarkan. Ni contoh baju dari Eight Square guys. 

 

 

Gildan juga merupakan salah satu brand tshirt readymade yang paling best di mana kainnya lembut dan tidak cepat mengembang. Sebab tu Kami di SifuBeg memilih kain jenis ni sebagai kitorang punya official tshirt. 

 

 

Baju dari Gildan premium. Kain dia sedap jugak guys. Tapi untuk 1st edition tshirt kita Fido Dido X Sifubeg ni kita pakai tc cotton. Buat kelainan sikit la.

So Gildan pun ada beberapa jenis guys. Antaranya :

1) Gildan Softstyle
2) Gildan Heavy Blend
3) Gildan Premium Cotton
4) Gildan Hammer
5) Gildan Dryblend)

Ok guys, Gildan juga ada tshirt raglan. Alaa yang tshirt yang dua colour tu, kat bahu dia warna lain. Macam yang tshirt Official kita ni kami guna Gildan Premium Cotton guys.

 

Selain itu, kadang ada juga customer yang mahukan baju yang ikut sebijik macam yang diorang nakkan atau nak kain yang lebih special dan lebih best dari kain yang dah readymade. Kadang mereka nak warna lengan berbeza dan ada juga customer nakkan perbezaan baju group mereka dari milik orang lain. 

 

Jadi, Kain custommade jadi pilihan mereka, dan ni adalah salah satu contoh proses pembuatan baju custom kain tc cotton ye broku. Apabila kain yang dimahukan untuk buat baju dan pilihan warna pun dah buat, kain akan dipotong kepada beberapa bahagian.

Kemudian, bahagian mana yang nak letak design tu, kita akan print la macam biasa pakai dye yang customer nak.  

 

 
 

Lepas proses print siap, barulah proses menjahit dilakukan dan untuk lebih mudah, setiap size tu akan diasingkanla ikut size. So takde banyak keje nak buat. Setiap kilang printing mesti ada sop keje masing-masing untuk memudahkan proses pembuatan baju diorang.  

Kalau nak yang lebih sedap lagi, korang boleh jugak nak minta guna kain jenis CVC Cotton. Kain dia lagi sedap dari TC Cotton tadi brokurr. 

 

 

Tak banyak tapi sikit info yang boleh untuk korang faham, selebihnya orang dalam bidang ini sahaja boleh terangkan.

Apa benda CVC Cotton ni?
> CVC ni singkatan dari perkataan Chief Value Cotton. Dalam kain jenis ni material cotton dia lagi banyak dari TC Cotton.

Ada kena mengena ke dengan TC Cotton?
> Hahaha.. Orang kata saudara kandung terdekat dia ni adalah TC Cotton la guys.

Apa beza kedua-duanya?
> kedua-duanya ni campuran cotton dan polyster, so perbezaan dia simple je, TC Cotton lebih banyak polyster, CVC Cotton kain cotton lagi banyak.

 Sebenarnya banyak lagi jenis kain yang korang boleh pilih untuk korang buat tshirt untuk team korang samaada yang readymade ataupun yang custommade. Ini sebahagian sahaja yang kitorang nak share. Kadang sesebuah syarikat printing tu ada kain jenis ni, takde kain jenis tu, kadang diorang lebih syorkan buat yang ni atau macam-macam lagila cara mereka nak close sales dengan korang. Satu lagi, harga juga berbeza ye guys barangkali ikut kemampuan atau teknologi ataupun tenaga kerja sesebuah syarikat printing tu. Jadi, pandai-pandailah korang pilih tempat nak buat baju ye. Hehehe..