Messenger Beg Original By Three Box ( Twin Tower)

Three Box 

Korang pernah dengar jenama ni ke tak? Semestinya korang pelik kan, ape benda Three Box? 3 kotak? Hahahahaha. Nampak macam jenama yang tangkap muat je letak nama kan. Ok guys, beg keluaran Three Box ni sangat berkualiti tinggi dan kini semakin mendapat tempat dalam kalangan pemakai dan juga para pengumpul beg tempatan. Sebagai sedikit pengetahuan korang, Three Box keluaran dari Negara Tembok Besar China guys. 

Material 

Material beg ni kebanyakannya mereka menggunakan jenis Pu Leather sahaja setakat ni, belum ada lagi mereka mengeluarkan material selain daripada PU Leather. Selain itu, ia juga kalis air dan tahan lasak, tak mudah terkupas. 

 

Design
Pelbagai design dikeluarkan oleh Three Box, ada messenger beg, sling beg, bagpack, sling beg size besar dan kecil. Kita lihat dulu messenger beg Three Box dulu. Memang cantik dan smart design dia buat. 

Simple, Kemas, Tidak serabut dan sangat sesuai dipakai dalam apa jua keadaan sama ada ke pejabat, meghadiri mesyuarat, keluar lepak, pergi kerja, dan sebagainya. 

Size

Messenger beg Three Box ni tidaklah terlalu besar oleh sebab tu ianya sesuai dipakai dalam apa jua keadaan. 

Poket
Jumlah poket cukup untuk simpan barang-barang peribadi ataupun barang kerja korang. Nak sumbat sampai santak pun tak ada masalah, steady je bro. 

 

Tidak perlu korang risau dengan kualiti beg ni sebabnya memang ohsem dan kain dia waterproof. Original pulak tu, dan ada pelbagai design yang stylo. Korang yang berani menggayakan fesyen baru, bolehla cuba jenama ni, selain material dia kalis air, Three Box ni terkenal dengan tali dia yang berwarna warni.